F&N 3689 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD muktamad ambil alih COCOLND 7205 COCOALAND HOLDINGS BERHAD
Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N)
KUALA LUMPUR: Cadangan Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) untuk menjadikan Cocoaland Holdings Bhd syarikat persendirian dimuktamadkan pada 4 November lalu.
Berikutan itu, Cocoaland menjadi anak syarikat milik penuh kumpulan F&N.
Syarikat makanan dan minuman itu berkata, harga tawaran telah dibayar kepada semua pemegang saham Cocoaland dan seterusnya semua saham Cocoaland yang dipegang oleh mereka telah dipindahkan kepada anak syarikat milik penuh F&N, Awana Citra Sdn Bhd.
"Sebanyak 27.62 peratus saham dipegang secara langsung oleh F&N dan baki 72.38 peratus oleh Awana Citra," katanya.
Pada Jun lalu, F&N mencadangkan untuk membeli keseluruhan 72.34 peratus pegangan dalam Cocoaland yang tidak dimilikinya pada harga RM1.50 sesaham bernilai RM488.15 juta dalam usaha menjadikannya syarikat persendirian.
-BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/11/1021734/fn-muktamad-ambil-alih-cocoaland
CITY DEVELOPMENTS AND GUOCOLAND POSSIBLE MERGER?
2 hours ago