-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

HONGSENG (0041): HONG SENG CONSOLIDATED BERHAD, Mitsui bentuk perkongsian strategik

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Ketua Pengarah Kumpulan Hong Seng Industries Bhd, Datuk Seri Teoh Hai Hin (dua kanan) dengan Pengarah Urusan Mitsui & Co (Malaysia), Dajji Kojima (dua kiri)

KUALA LUMPUR: Hong Seng Consolidated Bhd pada Isnin menerima surat hasrat (LOI) daripada Mitsui & Co (Malaysia) Sdn Bhd untuk membentuk perkongsian strategik bagi perniagaan getah nitril butadiena (NBL) di bawahnya yang terletak di Kedah Rubber City (KRC) dan perniagaan perkhidmatan logistik bersepadu di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Hong Seng menjelaskan berdasarkan LOI itu, Mitsui, anak syarikat Mitsui & Co Ltd, firma perdagangan dan pelaburan global yang beribu pejabat di Jepun, menyatakan hasrat untuk menyediakan pengurusan rantaian bekalan sehenti bagi bahan mentah untuk kilang NBL di bawah Hong Seng.

Selain itu, Mitsui juga akan membiayai dan menyediakan bahan mentah untuk ladang tangki yang diwujudkan anak syarikat milik penuh Hong Seng, HS Petchem Sdn Bhd.

"Menerusi LOI itu, hubungan eksklusif secara bersama akan diwujudkan antara pihak-pihak untuk memudahkan rundingan terus bagi perkongsian strategik terbabit.

"Perkongsian strategik itu akan mengukuhkan lagi pasaran Mitsui di Malaysia di samping Hong Seng untuk memanfaatkan kepakaran dan rangkaian global Mitsui dalam industri bekalan kimia," jelasnya.

Hong Seng menambah, LOI itu sah selama enam bulan dari tarikh LOI dan selepas itu akan diperbaharu secara automatik untuk tempoh satu tahun lagi melainkan ditamatkan lebih awal oleh mana-mana pihak.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng, Datuk Seri Teoh Hai Hin berkata pihaknya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada visi Keluarga Malaysia, satu gagasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi projek nasional itu di KRC yang dijangkakan menyumbang RM14.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan mewujudkan 14,500 kerja di pelbagai peringkat dalam tempoh 15 tahun apabila ia siap pada 2030.

"Kami akan membangunkan projek NBL bernilai RM3 bilion kami, yang bersedia untuk meletakkan Hong Seng sebagai pengeluar bahan mentah nitril pertama yang disenaraikan di bursa dan berskala besar di Malaysia.

"Justeru, perkongsian strategik yang akan kami bentuk dengan Mitsui akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran dan rangkaian global Mitsui dalam industri bekalan kimia, selain membantu mengukuhkan pasaran Mitsui di Malaysia," katanya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/02/919925/hong-seng-mitsui-bentuk-perkongsian-strategik

Back to Top