-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

NSK Grocer gedung runcit terbesar di KL

Pengerusi Versatile Creative Bhd, Tan Sri Mohd Shariff Omar (lima kiri) memotong riben di majlis pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL. - NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Quill City Mall KL memperkenalkan penyewa utamanya, NSK Grocer, gedung runcit terbesar yang berkonsep moden di pusat bandar Kuala Lumpur (KL).

NSK Grocer menawarkan pelbagai produk premium tempatan dan import mampu milik di bawah satu bumbung.

Mengambil ruang seluas 85,000 kaki persegi merangkumi bahagian makanan segar, barangan runcit kering, borong dan makanan sedia dimakan, NSK Grocer @ Quill City Mall KL adalah konsep pertama seumpamanya yang memodenkan pasar tradisional menjadi persekitaran lebih selesa.

Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd, Justin Liew, berkata pembukaan NSK Grocer yang pertama di Quill City Mall KL bukan hanya satu pencapaian kepada pusat beli-belah itu, malah usaha strategik untuk memenuhi permintaan pembeli moden.

"Kami berbangga mendapatkan NSK Grocer sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, malah gembira dapat membawa pengalaman membeli belah yang menyeronokkan kepada pengunjung.

"Sebagai salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kami sentiasa berusaha mewujudkan pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyeronokkan kepada pengunjung, supaya mereka boleh mendapatkan barangan keperluan harian di satu tempat, menjadikannya destinasi ideal untuk semua.

"Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang mantap untuk menampung keperluan penduduk di Kuala Lumpur dan serata Lembah Klang," katanya berucap pada majlis pembukaan NSK Grocer @ Quill City Mall KL, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Versatile Creative, Tan Sri Mohd Shariff Omar.

NSK Grocer adalah usaha sama antara NSK Trading Company dan Versatile Creative Bhd.

Sementara itu, Pengarah NSK Grocer, Loh Teck Wah, berkata Quill City Mall adalah lokasi ideal untuk membuka gedung runcit pertama itu, berikutan lokasi strategik di tengah Kuala Lumpur dengan kepelbagaian pelanggan melalui pusat beli-belah itu setiap hari, terutama pekerja pejabat, keluarga muda dan pelajar kolej berdekatan.

"NSK Grocer menyasarkan pasaran meluas yang menggemari produk premium berkualiti pada harga berpatutan.

"Konsep inovatif terbaru ini disesuaikan untuk semua gaya hidup dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan membawa pengalaman membeli-belah yang tenang, selain memberikan impak positif kepada rakyat, terutama mereka yang tinggal atau bekerja di pusat bandar serta sentiasa pergi ke kedai runcit untuk mendapatkan keperluan harian," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/01/909648/nsk-grocer-gedung-runcit-terbesar-di-kl

Back to Top