Berikut kajian saham yang telah dibuat iaitu RESINTC 0.51-0.515 . Sila baca seketul-seketul dan sehingga habis.

Kesimpulan: Saham RESINTCH baru sahaja bertahan dan melepasi 0.49 iaitu resistant pada monthly chart selama 7 tahun!. Sekiranya harga terus kekal atas 0.49 sehingga hujung bulan dijangka harga mampu ke resistant seterusnya pada 0.715! Support terdekat saham ini iaitu 0.44 dan next 0.40. Dari segi perniagaan, syarikat menunjukkan PENINGKATAN KEUNTUNGAN dari quater sebelumnya. Company juga baru memberikan DIVIDEN kepada pelabur dan menarik disini pemengang saham utama iaitu DATO DE TEH KIM PO memegang sebanyak 42.26% dan jumlah baki saham yang tinggal setelah ditolak 30 pemegang saham utama hanya 17.76% sahaja ini membantu memudahkan saham ini untuk terus NAIK! Perkara menarik lain juga, pemegang saham utama saham ini juga adalah salah satu director syarikat bagi ASIA Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) yang perniagaan syariakt AHB ini yang sedang berkembang.
. ~KEEP COLLECT, BUY & HOLD!~
.
♛ Sektor: Building Material/Acessories (MAIN Market)
© C/flow : -RM592K
® Jualan: RM76.1Juta (PROFIT RM7 JUTA)
❂ Share Float: 17.76%
Major Shareholder: 1. DATO DE TEH KIM PO 42.26%
% Dividen: Ada
Syariah
website:http://www.resintechmalaysia.my/

Gambar : Laman utama Website Resintech, dapatkan maklumat lanjut syarikat dari laman web.
5 SEBAB KENAPA PERLU BELI SAHAM INI
——————————————————
1. Syarikat masih kekal UNTUNG
2. Syarikat baru mula memberikan DIVIDEN.
3. Pemegang saham utama adalah pengarah syarikat ASIA Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) yang sedang berkembang.
4. Pegangan saham RESINTC dalam AHB sebanyak 21%.
5. Baki saham yang float hanya 17.76%
.
Maklumat berkaitan syarikat AHB
————————————————
~ASIA Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) yang berpejabat di Petaling Jaya, Selangor merupakan syarikat yang berjaya membina empayar kukuh melalui pengeluaran produknya tersendiri berunsurkan penjagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan herba Cordyceps. Mendapat kepercayaan pengguna.
.
~AHB mula beroperasi semenjak Jun 2010 bersama rakan kolaborasinya yang kukuh dan dinamik iaitu Resintech Berhad , Superaya Corporation Sdn Bhd, dan Mutimedia Entertainment Sdn Bhd (syarikat multimedia serta pengedar tunggal Malaysia, Brunei untuk semua hak cipta filem edaran TVB Hong Kong).
.
~Penasihat Korporat AHB ialah adinda Sultan Terengganu, YAM Tengku Baharuddin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah. Manakala, Ahli Lembaga Pengarah AHB terdiri daripada Alfred Ng, Rick Gan, Datuk Sunny Goh Teck Chin, Tan Sri Dato Wira Dr Jason Goh, Dato Dr Teh Kim Poo, Datuk Steven Lim dan Prof Dr Azni Idris.
.
~AHB selaras dengan landasan hasrat negara bagi menyokong perkembangan bioteknologi di Malaysia telah melabur jutaan ringgit. Ia turut berkolaborasi dengan universiti terkemuka di China dalam kajian penyelidikan dan pembangunan bioteknologi Pengkulturan Tisu Cordyceps bagi menghasilkan kualiti produk yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa. Cordyceps merupakan sejenis cendawan yang berharga, jarang diumpai dan dianggap sebagai ubat eksotik di China.
.
~Melalui penyelidikan saintifik moden, cendawan Cordyceps dibuktikan kuat daya penyembuhannya Cordyceps semula jadi tumbuh terutama di China, Nepal dan Tibet. Biasanya ia dikenali sebagai ;dong chong xia cao(musim panas-tumbuhan, musim sejukcacing) dalam bahasa Cina. Cordyceps merupakan ramuan utama sebagai asas produk AHB dan mengandungi 28 kali ganda adenosin berbanding cordyceps liar. Ia juga sebagai makanan tambahan dalam sup dan makanan lain digunakan secara tradisional dalam perubatan Cina untuk beribu-ribu tahun membantu pesakit dalam usaha menyembuh penyakit. Pada zaman dahulu, cordyceps dikenali sebagai ubat kerabat dirabat kerana harganya yang amat mahal.Dan kesan baiknya terhadap pelbagai penyakit kronik. Selaras dengan perkembangan bioteknologi, cordyceps dikultur terhasil dan menyumbang kepada nutrisi yang tinggi untuk kesihatan manusia. Ia dikelaskan sebagai herbal OTC (over the counter) yang menyenangkan pelanggan membeli, mengambil dan menikmati keberkesanannya dalam menjaga kesihatan.
.
~ Syarikat AHB memastikan semua rangkaian produk yang ditawarkan kepada pengguna dijamin 100 peratus berkualiti, selamat, memenuhi syarat dan piawaian serta mendapat pengiktirafan kualiti antarabangsa. Produk ini juga bebas daripada logam berat sintetik dan tersenarai di bawah kelulusan Kementerian Kesihatan.
.
~ AHB bekerjasama dengan MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk membantu memulihkan penyakit kanser. MAKNA berperanan menyediakan 20 pesakit dan HUKM merupakan lokasi untuk perubatan. AHB pula berperanan membekal produk selama enam bulan untuk kajian.
☛ Sila ikut Petua ZAMSAHAM ini!
1. Pilih saham yang betul
2. Masuk masa yang betul
3. Sabar menunggu hasilnya
RESINTC (7232) - RESINTC 0.51-0.515, Apakah potensi saham ini ? Sila baca seketul-seketul dan sehingga habis.
http://zamsaham.com/saham/resintc-0-51-0-515-apakah-potensi-saham-ini-sila-baca-seketul-seketul-dan-sehingga-habis/