Tema Hari Guru 2016. Apakah tema hari guru 2016 kali ini? Guru Pembina Negara Bangsa telah dipilih sebagai tema Hari Guru 2016. Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru
kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The
Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Tahun ini Hari Guru 2016 akan jatuh pada 16 Mei 2016 dengan tema - Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis pelancaran sambutan Hari Guru 2016 ke 45 peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 16 Mei 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Selamat menyambut Hari Guru 2016 dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.
Tahun ini Hari Guru 2016 akan jatuh pada 16 Mei 2016 dengan tema - Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis pelancaran sambutan Hari Guru 2016 ke 45 peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 16 Mei 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Objektif Hari Guru Malaysia
Berikut adalah objektif diadakan Hari Guru :-
- 1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- 2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- 3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- 4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- 5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
- 6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Senarai Tema Hari Guru
Berikut adalah senarai tema hari gur dari tahun 2000 hingga sekarang :-- 2016 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Huraian Tema Guru Pembina Negara Bangsa
Berikut adalah huraian tema Hari Guru 2016 :-Selamat menyambut Hari Guru 2016 dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.
http://www.panduanmalaysia.com/2015/04/tema-hari-guru-2015-membina-ilmu.html