Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online Dan SMS. Sudahkah anda bersedia untuk mengundi pemimpin anda? Jika belum lekas-lekaslah buat pendaftaran pemilih pilihanraya mengikut langkah-langkah yang telah disyorkan oleh SPR di bawah ini.
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000
Kepada mereka yang telah mendaftar terutama kepada pengundi di Pilihanaraya Umum Negeri Sarawak ke 11 tahun 2016 (PRU 2016), anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara Online dan SMS.
Cara Buat Semakan Daftar Pemilih SPR
Bagi mereka yang telah mendaftar tetapi ingin tahu lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN anda, sila buat semakan daftar pemilih mengikut cara berikut :-
Semakan Daftar Pemilih Online
- 1) Semakan Daftar Pemilih SPR. Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa "-" atau "space")
- 2) Semakan Daftar Pemilih Bagi Isi Rumah
- 3) Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU Sarawak 2016 : Klik Sarawak PRU 11
Semakan Secara SMS
- Taip SPR
SEMAK No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888 - Taip SPR
No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
Panggilan ke Call Center
- No : 03-8892 7000
Cara Membuat Pendaftaran Pemilih SPR
Anda layak mendaftar sebagai pengundi dengan membuat pendaftaran pemilih dengan syarat anda memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Pusat Pendaftaran
- (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000
- (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
- (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
- (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
- (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
Cara Untuk Mendaftar
A. UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
- (a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- (b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
B. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
- (a) Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- (b) Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- (c) Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
- (a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
- (b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran
PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta
pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya
Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar
sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
- (a) Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
- (b) Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
- (d) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (e) Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
- (f) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
http://www.panduanmalaysia.com/2014/09/semakan-daftar-pemilih-suruhanjaya-pilihanraya-online-spr.html