Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016 Sijil Pelajaran Malaysia. Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini? Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2016 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal