-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On


EMS/Semiconductor-related:

1) SKPRES

2) VS

3) ATAIMS

4) Others

Plantation (Sawit / crude palm oil)

1) Jayatiasa

2) (Belum ada dlm list-belum sempat research)



Beberapa bulan yang lalu, Syarikat EMS/Semiconductor-related ini mengalami surge of orders. Sesetengahnya terlibat dengan bahagian 'testing' untuk produk dari pelanggan mereka di luar negara. Ada beberapa kategori dalam syarikat yang terlibat dengan semiconductor ; jika ada kesempatan saya akan memberi sedikit pencerahan.

Apapun, kita sudah nampak syarikat yang saya senaraikan sudah pun mengalami kenaikan harga yang agak cepat bermula pada Januari 2020. Sesiapa yang sudah beli, alhamdulillah.

Akhir bulan Februari ini, kebanyakan syarikat ini akan mengeluarkan quarter report. Jika keuntungan sudah terzahir pada report tersebut, dijangka saham akan mengalami kenaikan lagi.

Apapun, dalam 2020 span, jangkaan saya keuntungan akan dapat dilihat.

Masih ada lagi beberapa sayrikat semikonduktor, seperti Vitrox namun saya masukkan di kesempatan yang akan datang.

Komen tentang company minyak sawit

Baru-baru ini Malaysia-India dispute over some comments made by Tun Mahathir ( yang menegakkan hak golongan muslim di sana yang tertindas) telah mengakibatkan India mengurangkan import sawit dari Malaysia. Namun ada beberapa penganalisis yang optimis dengan isu ini. Contohnya, isu ini akan membuatkan Malaysia membuat adjustment dalam hasil akhir produk sawitnya. Berdasarkan pemerhatian saya, Kementerian yang terlibat tidak berdiam diri dan melakukan usaha untuk mencari pelanggan/market baru dan juga promosi.
Rata-rata menjangka harga sawit akan lebih tinggi jika dibanding tahun lalu.
Prestasi saham syarikat sawit bergantung kepada harga minyak sawit.
Walaupun ada isu dengan India, namun pengeluarna sawit yang dijangka berkurang dan permintaan untuk biodiesel, will neutralize kejatuhan eksport ke India.

_________________________________________________________________________________________

Jika ada kesempatan saya kongsikan kenapa syarikat yang saya senaraikan di atas adalah bagus, apakah kriteria yang ada padanya.

Blog ini tidak bertujuan untuk mempengaruhi jual/beli anda. Bukan saranan jual/beli. It is for sharing purpose. Semoga ada yang mendapat manfaat. Sumber adalah daripada sumber pelbagai,various -  akhbar, quarter report, research report.


https://klse.i3investor.com/blogs/saham2020bursastockpick2020/2020-01-23-story-h1482901511-Sektor_Pilihan_2020_2021_Bursa_Malaysia_Go_into_the_details_Saham_stock.jsp


Back to Top