-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On
Teknik / Fokus / Ramalan / Tudingan Bahasa Melayu SPM 2018
BAHAGIAN A : KARANGAN RESPONS TERHAD (KARANGAN BERPANDU)

INFO MUSTAHAK

-           Satu soalan sahaja dikemukakan dan wajib dijawab
-           Calom diminta memberi pendapat tentang sesuatu isu
-           Panjang karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan
-         Karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi seperti gambar tunggal, gambar bersiri, beberapa gambar, gambar rajah, dialog, ilustrasi kartun, poster dsb
-           Masa yang dicadangkan adalah selama 45 minit
-           Markah yang diperuntukkan adalah 30 markah
-           Pelajar diharapkan tidak menulis kurang daripada 200 patah perkataan.
-           Jawab selepas Bahagian B
-           Pelajar boleh menulis melebihi 250 patah perkataan, tetapi jangan melebihi 45 minit (setakat ini LPM tidak mengeluarkan arahan memeriksa setakat 250 patah perkataan) 


STRATEGI MENJAWAB

-           Lihat bahan rangsangan yang diberi dan cuba fahami. -       Baca 2 atau 3 kali soalan yang dipilih
-           Garisi kata kunci soalan
-           Kenal pasti TEMA (biasanya tajuk bahan rangsangan)
-           Kenal pasti TUGASAN soalan (biasanya selepas perkataan tentang)
-           Kemukakan 4 IDEA berdasarkan tugasan soalan. Tambah satu lagi idea sendiri sekiranya telah diberi 3 idea dalam bahan rangsangan
-           Jika IDEA telah diberi dalam bahan rangsangan, gunakan IDEA tersebut
-           Jangan abaikan bahan rangsangan yang diberi dalam huraian anda


LANGKAH 1 (5 MINIT) – MEMBACA DAN MENGANALISIS SOALAN & MEMBUAT RANGKA KARANGAN

Baca soalan dengan teliti dan buat analisis
Garisi kata kunci
Buat rangka karangan seperti contoh berikut;

TEMA
TUGASAN
IDEA
UNGKAPAN MENARIK

Semangat kejiranan
Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan
-  melancarkan kempen
-  amalan ziarah-menziarahi
-  menubuhkan Kelab Rukun Tetangga
-  mengadakan aktiviti kemasyarakatan
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Sepakat membawa berkat

Amalan membaca
Usaha-usaha memupuk amalan membaca
-  kempen membaca
-  ibu bapa membeli bahan bacaan
-  mengukuhkan aktiviti NILAM
-  mengadakan pertandingan peringkat sekolah
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Melentur buluh biaralah daripada rebungnya

-           Rangkakan juga data/statistik, ungkapan tokoh/pemimpin negara, nama kementerian, jawatan tokoh

LANGKAH 2 (35 MINIT) – MENULIS KARANGAN

Calon hendaklah menulis karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat
Menulis satu idea satu perenggan
Minimum 3 perenggan idea. Calon dinasihatkan buat 4 perenggan idea jika ada masa.
Pemerengganan hendaklah seimbang

i.                     Kandungan perenggan pendahuluan

Ayat Rangsangan (berdasarkan tema dan tugasan soalan

Ayat Sokongan (huraian)

Ayat Arah (ayat mengarah pemeriksa terhadap tugasan soalan)

ii.                    Kandungan perenggan isi

Isi Pokok (ambil daripada bahan rangsangan jika diberi)
Huraian Sokongan (apa)
                                                Huraian Sokongan (mengapa)
                                                Huraian Sokongan (bagaimana)
                                                Contoh/ Ungkapan Tokoh/ Peribahasa
                                                Kesimpulan isi

iii.                  Kandungan perenggan penutup

 Cadangan ATAU Ramalan ATAU Ulasan.

Huraian Penutup  

               

LANGKAH 3 (5 MINIT) – MENYEMAK KARANGAN

Pastikan calon menyemak kesalahan ejaan dan tatabahasa


BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA  (KARANGAN BIASA)


INFO MUSTAHAK

-           Lima soalan dikemukakan dan pelajar perlu memilih SATU soalan sahaja
-           Panjang karangan adalah MELEBIHI 350 patah perkataan
-           Soalan yang dikemukakan meliputi dimensi diri, keluarga/masyarakat, negara, antarabangsa dan komponen sastera
-           Masa yang dicadangkan adalah 1 jam 30 minit
-           Markah yang diperuntukkan adalah 100 markah
-           Pelajar TIDAK BOLEH menulis kurang daripada 350 patah perkataan
-           Pelajar MESTI menjawab Bahagian B terlebih dahulu kerana markah yang diperuntukkan adalah tinggi.

STRATEGI MENJAWAB

-           Baca semua soalan
-           Pilih satu soalan yang paling hampir dengan anda – (boleh jawab) -       Baca beberapa kali seoalan yang dipilih
-           Gariskan kata kunci soalan
-           Jawab dahulu sebelum Bahagian A
-           Sebaik-baiknya 5 isi, jika tiada masa memadai 4 isi sahaja


LANGKAH 1 (20 MINIT) – MEMBACA SOALAN, MENGANALISIS SOALAN DAN MEMBUAT RANGKA

Baca semua soalan yang dikemukakan
Pilih satu soalan yang sesuai dengan keupayaan, pengetahuan dan pemahaman anda
Baca soalan yang ingin dijawab beberapa kali
Garisi kata kunci soalan yang dipilih
Kenal pasti TEMA (isu yang dikemukakan dalam soalan) dan TUGASAN SOALAN (kehendak soalan)
Kenal pasti sama ada SATU atau DUA tugasan dalam soalan yang dipilih
Cari 5 IDEA berdasarkan tugasan soalan yang dipilih
Pastikan format karangan jika soalan yang dipilih merupakan karangan berformat
Buat rangka karangan agar karangan anda tidak terpesong dan untuk memastikan idea yang bernas tidak terlupa ketika menulis karangan
Rangka karangan adalah seperti berikut;

SOALAN
TEMA
TUGASAN
IDEA
UNGKAPAN MENARIK
Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan  wawasan pada tahun 2020.  
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut
Persiapan diri untuk menjayakan Wawasan 2020
Peranan saya untuk menjayakan Wawasan 2020
Cemerlang dalam pelajaran
Meningkatkan kemahiran diri
Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang
Meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri
Mengukuhkan ilmu agama dan nilai moral
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Sediakan payung sebelum hujan
Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara

Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri

Remaja kini  berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan  untuk menangani tekanan.

Remaja menghadapi tekanan sehingga terlibat dalam pelbagai perkara tidak sesuai
Usaha-usaha yang perlu saya lakukan untuk menghadapi tekanan
Melibatkan diri dalam sukan, riadah dan rekreasi
Berkongsi masalah dengan ahli keluarga
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
Mendekatkan diri dengan Tuhan
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Badan sihat otak cerdas
Bersatu teguh bercerai roboh


LANGKAH 2 (60 MINIT) – MENULIS KARANGAN

Calon perlu mengembangkan idea dengan menggunakan bahasa yang gramatis
Karangan yang ditulis mestilah berdasarkan rangka karangan yang disediakan
Isi-isi disusun mengikut keutamaan
Dalam menghuraikan isi-isi, anda perlu menonjolkan kematangan fikiran dengan memberikan contoh/ pendapat, fakta yang menarik dan peribahasa
Panjang antara perenggan hendaklah seimbang
Baca soalan setiap kali ingin memulakan perenggan baru

Aspek-aspek penting dalam perenggan isi adalah seperti berikut;

a.        Ayat judul (permulaan ayat berdasarkan tugasan soalan)
b.        Huraian (apa)
c.        Huraian (siapa/bila/di mana)
d.       Huraian (mengapa)
e.        Huraian (bagaimana)
f.         Contoh/ Pendapat/ Fakta
g.        Ungkapan bahasa indah
h.       Kesimpulan Isi


LANGKAH 3 (10 MINIT) – MENYUNTING/ MENYEMAK KARANGAN

Pastikan 10 minit terakhir digunakan untuk menyunting karangan dan menyemak ejaan dan tatabahasa bagi mengelakkan tiada kesalahan bahasa dilakukan
Pastikan juga angka giliran, nombor kad pengenalan dan nombor soalan ditulis pada setiap helaian yertas jawapan

CONTOH PERENGGAN KARANGAN

Contoh perenggan pendahuluan

(Pada tahun 2007, negara telah membelanjakan 80 bilion untuk mengimport makanan dari negara luar untuk kegunaan rakyat Malaysia. ...... petikan kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Berita Harian bertarikh 18 Julai 2007)

Petikan kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi di atas menggambarkan betapa pentingnya sektor pertanian diberikan fokus utama dalam pengurusan ekonomi negara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang direncanakan dan diuar-uarkan oleh kerajaan sejak tahun 2006 telah mendapat pelbagai reaksi. Sesetengah pihak mencetuskan kontroversi dengan mendakwa bahawa rancangan yang mengutamakan sektor pertanian itu adalah tidak wajar dalam arus globalisasi dan kepesatan pembangunan negara yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, jika kita perhatikan kronologi sejarah negara, industri pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara yang membolehkan Malaysia melangkah ke zaman Revolusi Perindustrian. Hal ini sekali gus menjadi indikator yang sudah terang lagi bersuluh, bahawa pertanian sememangnya adalah penting. Maka, pelbagai uslub dan minhaj perlu diambil oleh semua pihak untuk memajukan sektor pertanian negara.

Contoh perenggan isi

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana dengan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita sejak kecil lagi. Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita peroleh pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara.  Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tuk Janggut, Datuk Maharaja Lela dan sebagainya. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh mereka. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan cintakan tanah air sejak kecil lagi, ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Contoh perenggan penutup

Tuntasnya, semua pihak perlulah berganding bahu dan bermuafakat membendung kebejatan sosial dalam kalangan remaja masa kini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Kita tidak mahu remaja sekarang yang merupakan permata negara dan bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak hanyut dengan arus globalisasi yang cukup mencabar ini. Kita mahu remaja menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak supaya menjadi warga glokal iaitu bukan sahaja cemerlang di dalam negara tetapi juga jaguh di peringkat antarabangsa. Oleh itu, aspirasi keramat negara untuk mencapai Wawasan 2020 mampu direalisasikan.


KRITERIA PENSKORAN KARANGAN PERINGKAT CEMERLANG

1.       Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
2.       Penggunaan pelbagai ayat majmuk
3.       Ejaan dan tanda baca yang betul
4.       Laras bahasa sesuai dengan tugasan
5.       Penggunaan kosa kata luas dan tepat
6.       Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
7.       Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
8.       Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
9.       Penggunaan unsur bahasa bervariasi
10.    Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa


KELEMAHAN CALON DALAM PENULISAN KARANGAN BIASA

1.       Pelajar gagal memahami kehendak soalan
2.       Pelajar menulis sebahagian daripada kehendak soalan
3.       Isi karangan yang ditulis tidak tepat atau secocok dengan kehendak soalan
4.       Setiap isi tidak diperkukuh dengan contoh yang konkrit
5.       Penguasaan yang lemah
6.       Pelajar tidak mengolah karangan dengan baik
7.       Pelajar tidak dapat menggunakan perkataan yang sesuai bagi menghuraikan karangan agar lebih menarik


MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK ANDA

Frasa menarik yang mengandungi kosa kata luas untuk digunakan dalam karangan

Kohesi = perhubungan yang erat/perpaduan
Semua pihak perlu mengukuhkan kohesi supaya cabaran negara untuk memantapkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat mampu ditangani dengan baik.

Uslub = kaedah/cara
Minhaj = cara/jalan
Pelbagai uslub boleh diambil untuk menangani memajukan sektor pertanian dalam negara kita.

Menongkah = menyongsong/melawan/menentang
Dalam menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar kini, golongan remaja perlu bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian.

Anjakan paradigma = perubahan dalam pemikiran
Anjakan paradigma perlu dilakukan oleh ibu bapa bahawa tugas mendidik anak-anak tidak hanya terletak di tangan guru-guru di sekolah sahaja.

Polemik = perbahasan/perdebatan
Isu kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sering kali dipolemikkan dalam media massa sama ada media elektronik atau media cetak.

Memacu = membawa dengan laju
Barisan kepimpinan negara sedang berusaha memacu negara ke arah Wawasan 2020 untuk melihat negara Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Mapan = mantap/sudah kukuh
Ekonomi yang mapan perlu diutamakan oleh barisan kepimpinan negara untuk melihat Wawasan 2020 mampu direalisasikan.

Dasawarsa = dekad/masa 10 tahun
Selama satu dasawarsa iaitu sejak tahun 2007, pemimpin negara negara kita berusaha memulihkan ekonomi yang meleset  ekoran krisis ekonomi dunia.

Memanifestasikan = menjadikan nyata/memperlihatkan/melahirkan
Kita mahu golongan remaja memanifestasikan Wawasan 2020, iaitu menjadikan negara Malaysia maju setanding dengan negara maju yang lain daripada terlibat dalam kebejatan sosial.

Abar = penghalang/penyekat/didding
Kemalasan adalah abar kepada pelajar mencatat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Marcapada = dunia sekarang ini
Dalam menongkah arus marcapada kini, banyak kekangan yang terpaksa dihadapi pemimpin negara untuk melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Dominan = berkuasa/berpengaruh
Perdana = pertama sekali
Faktor dominan yang menjadi abar kepada melahirkan modal insan cemerlang adalah pengaruh globalisasi yang sukar untuk disekat sekarang ini.

Wahana = saluran/perantaraan
Wadah = alat/asas/medan/saluran
Medium = bahan atau sesuatu yang menjadi perantara yang menghasilkan sesuatu kesan
Media massa merupakan wahana yang sesuai untuk menjalankan kempen amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat masa kini.

Elemen = anasir/sesuatu yang menjadi sebahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur
Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) merupakan antara elemen terpenting untuk membangunkan sektor pertanian di Malaysia.

Inisiatif = tindakan/daya usaha
Ibu bapa perlu mengambil inisiatif yang lebih berkesan supaya anak-anak tidak terlibat dalam keruntuhan akhlak yang sangat membimbangkan sekarang.

Total = seluruhnya/semuanya
Pihak kerajaan perlu melihat secara total kesan kepada sistem pendidikan negara sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan pelaksanaan PPSMI bermula tahun 2011.

Dinamik = bertenaga/ berkekuatan/ mampu membuat penyesuaian
Masyarakat yang dinamik perlu menjadi fokus kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang bertamadun.

Korelasi = hubungan atau kaitan secara timbal balik
Korelasi yang mantap antara masyarakat dengan pihak berkuasa amat penting dalam mengekang kes ragut yang semakin meruncing sekarang ini.


ANTARA TOKOH NEGARA YANG BOLEH DIMASUKKAN DALAM KARANGAN (DALAM KONTEKS ISU BERKAITAN)

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - Perdana Menteri
Tun. Abdullah Hj. Ahmad Badawi – Mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Mohamed – Mantan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Noh Omar – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen – Menteri Pelancongan
Datuk Seri Liow Tiong Lai – Menteri Kesihatan
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek – Menteri Belia dan Sukan
Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud – Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Senator Tan Sri Koh Tsu Koon – Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan dan KPI)
Tan Sri Lee Lam Thye – Aktivis Masyarakat
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim – Aktivis Masyarakat
Tan Sri Ismail Omar – Ketua Polis Negara
Datuk Jalaluddin Abdul Rahman – Ketua Polis Kelantan
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin – Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Bukit Aman
Datuk Rosnani Ibrahim – Ketua Pengaran Jabatan Alam Sekitar
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah – Penceramah Motivasi


PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN 5
1.       Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2.       Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3.       Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4.       genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
5.       bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
6.       melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
7.       duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
8.       seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
9.       yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
10.    dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
11.    tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh
12.     bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
13.    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
14.    kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
15.     indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
16.    hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
17.    bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
18.    kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19.    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
20.    masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
21.    ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
22.    kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
23.    berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24.     yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
25.    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
26.    bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
27.    bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
28.    yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
29.    biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
30.    sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
31.    bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Back to Top