Dalam pasaran saham atau pelaburan, tidak semua orang memiliki corak permainan yang serupa. Setiap dari kita berbeza-beza dari segi berapa besar capital/modal kita, kemampuan kita menanggung risiko, jenis sabar/tidak sabar, adakah kita mudah panik/takut? adakah kita seorang yang tamak? tak berdisiplin?
Pelaburan adalah satu skil. Pada awalnya seorang beginner akan merasakan seperti dia bertanding dengan orang lain, namun kemudiannya dia akan menyedari bahawa musuh utama sebenarnya adalah diri sendiri - apa yang ada dalam minda, emosi.
Secara umumnya, ada beberapa jenis 'stail':
1. Intraday
- harus memiliki modal yang besar, kurangkan kos transaksi, harga masuk dan harga keluar harus tepat dan pantas, perlu berada di hadapan skrin pc/laptop sepanjang hari, harus sanggup menanggung risiko yang besar sekiranya perlu cutloss.
2. contra
- pegangan yang lebih lama sedikit dari intraday. Biasanya dilakukan oleh mereka yang membuka limit account - sebab dalam tempoh 4hari jika mereka menjual saham mereka lebih awal adalah seolah-olah mereka menggunakan duit orang lain secara percuma untuk buat untung dalam pasaran saham
3. swing
-pegangan yang lebih lama, 2minggu ke 2bulan. Bermatlamatkan ROI yang lebih tinggi, bukan sekadar 2-3bid. untuk itu mereka sanggup untuk korbankan masa yang lebih untuk capai target mereka. Kebiasaannya membeli saham pada harga/level yang strategik - positional trading.
4. invest
-mempunyai matlamat lain, fokus kepada fundamental company, dividend play, hold long term warrant dan sebagainya.
Sehingga kita memahami kesesuaian diri kita dan pasaran saham, baharulah trading setup/plan boleh membantu kita dalam membuat keuntungan dalam pasaran saham.
mahersaham.com
http://klse.i3investor.com/blogs/mahersaham/94818.jsp