Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah pun mengeluarkan surat pekeliling rasmi bilangan 3 tahun 2015, mengenai tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2016. Anda boleh terus muat turun jadual pembayaran gaji tersebut di postal rasmi Jabatan Akauntan Negara untuk rujukan anda di masa akan datang.
TARIKH PEBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2016
Jadual tersebut adalah seperti di bawah (rujuk Lampiran A dalam surat pekeliling Bil 3 Tahun 2015 ) :-
Dalam pandangan saya,untuk tahun 2016 ini, tarikh pembayaran gaji lebih stabil di mana ,kesemua nya akan di bayar pada minggu ke-3 setiap bulan ( 20hb ke atas setiap bulan) berbanding pembayaran gaji untuk tahun 2015, yang mana ada pembayaran gaji lebih awal atau terlalu panjang di antara satu-satu sama lain.
Contoh nya seperti di bawah:
Jarak pembayaran gaji paling CEPAT : – 13 hari sahaja tempoh menunggu iaitu pada bulan Jun (25/Jun/2015) dan Julai (09/Julai/2015).
Jarak pembayaran gaji paling LAMA :- 46 hari tempoh menunggu iaitu antara pembayaran gaji pada 09/Julai/2015 dan 25/Ogos/2015
Sebab utama ada jarak cepat dan lama pembayaran gaji antara Jun hingga Ogos adalah kerana ia di bayar awal untuk memberi peluang pada kakitangan awam untuk membuat persediaan sambutan bulan Ramadhan dan Perayaan Hari Raya Puasa yang jatuh pada 17/Julai/2015. Pada masa tempoh 13 hari dapat gaji memang best lah kan sebab boleh membeli belah lebih awal,tapi masalah terbesar adalah selepas Hari Raya sebab terpaksa tunggu lebih 30 hari untuk mendapat gaji.
Jika anda seorang yang pandai mengawal nafsu perbelanjaan anda, sudah semestinya tidak akan ada masalah. Tetapi jika anda dah habiskan segala duit gaji anda, maka hari-hari selepas itu tersebut menjadi hari-hari yang paling menyeksa kan jiwa dan raga anda .
Jadi, kepada anda yang mendapat gaji bulanan, pastikan anda bijak menguruskan kewangan anda. Asingkan sebahagian dari hasil usaha anda tersebut untuk simpanan di masa kecemasan dan jangan lupa juga, kepada orang-orang Islam, keluarkan zakat pendapatan anda juga yer.
Sila share Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2016 ini kepada rakan-rakan pejabat anda supaya anda akan lebih mudah untuk buat perancangan aktiviti dan kewangan untuk tahun 2016.