Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 dan tarikh tutup adalah pada 10 Oktober 2015, demikian menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2016 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2015
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti pada lampiran dibawah dalam Peperiksaan SPM tahun 2015
CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI) dimana pelajar (pemohon) perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) yang harus dibeli bagi membolehkan mengakses borang permohonan online
Sila klik pada butang pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membuat permohonan
Apabila sudah mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN), pelajar boleh mula membuat permohonan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN di laman Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI), klik pada butang pautan berikut
Dalam laman aplikasi tersebut pemohon boleh mengetahui setiap langkah yang perlu dilakukan semasa mengemukakan permohonan berdasarkan maklumat yang terdapat pada menu disediakan iaitu
- Manual permohonan melalui internet (PMI)
- Syarat program dan Kelayakan Minimum
- Panduan mengisi borang
- Borang permohonan melalui internet (PMI)
- Kemaskini Permohonan
- Semakan Permohonan
Di samping itu, pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083 atau layari laman sesawanghttp://www.moe.gov.my ataupun http://www.moe.gov.my/bmkpm