-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On





Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri-negeri pilihan
Pertukaran khas guru antara negeri sesi Januari Bil 1/2016 membabitkan guru berada di negeri yang mempunyai lebihan pengisian perjawatan membuat pertukaran ke negeri yang mempunyai kekosongan perjawatan. Sila rujuk surat siaran Pertukaran Khas Guru Antara Negeri Bil/2016 (PDF)
Permohonan pertukaran khas guru yang terlibat bagi sesi Januari Bil 1/2016 antara negeri adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut
Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (EGtukar Guru Khas Sesi Januari Bil 1/2016)
GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)
Maklumat lanjut, sila tonton video laporan berita yang disertakan seperti berikut
Info Permohonan Egtukar Khas Guru Sesi Januari Bil 1/2016
Permohonan pertukaran khas guru bagi sesi Januari bil/2016 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan sistem modul berkenaan di pautan https://epgo.moe.gov.my mulai tarikh yang telah dinyatakan
Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi judul pautanDapatkan ID Pengguna Dan Kata Laluan bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya
Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi judul pautan Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen Terkini sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan
Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah
Untuk makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada
Bermula bulan Jun tahun lalu (2015) keputusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut
Bersandarkan sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen
Info Sesi Permohonan Egtukar Guru 2016
Pada dasarnya KPM melaksanakan operasi pertukaran guru dua kali setahun
Bermula tahun 2016, KPM akan melaksanakan operasi pertukaran guru sebanyak tiga kali setahun
Operasi ini dilaksanakan pada bulan Januari, April dan September
Walau bagaimanapun, bagi guru-guru yang sedang mengajar kelas-kelas peperiksaan di Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan bagi sesi Januari dan April
15 Januari 2016, Jumaat

Maklumat lanjut, sila tonton video laporan berita yang disertakan seperti berikut
Back to Top